sabda

Monday, March 26, 2012

Memenuhi jadual dengan aktiviti-aktiviti yang lebih berfaedah.

Penulis bersemangat untuk memuatkan isi kandungan dari buku 'Mari Berubat Dengan Tumbuhan Sekeliling Anda' pagi ini..
Terasa pula topik sampingan yang boleh dimuatkan untuk dikongsi dengan semua, muga sama-sama kita dapat  faedahnya. Apakah yang anda lakukan dimasa terluang??
Nak kata free sangat pun tidak sebenarnya, tapi seboleh-bolehnya saya mahu anak-anak diisi dengan aktiviti yang sepatutnya.
Perpustakaan, muzium, zoo, kedai buku... adalah antara lokasi yang sering kami ketengahkan kepada anak-anak. Macam perpustakaan saya kurang berpeluang ketika di  Johor... bagai tak dapat kaki.. huhu..
Okeyh.. disini saya manfaatkan sepenuhnya masa yang saya ada jika tak tersadai dengan cuaca panas... sedikit dari aktiviti di awal petang..

biasanya kami akan ke sana selepas waktu persekolahan Dzul..

ruang untuk kanak-kanak

luas dan selesa, susah nak ajak Dzul balik.. kalau ibu betul-betul letih Dzul meminta ibu
untuk tido distu.. haru..


ada bilik mainan..

setakat ini saya bau meminjam 12 buah buku dan 4 antaranya telah dikembalikan.


Untuk saya, saya lebih suka buku art... :) jahitan, sulaman, masakan dan tumbuhan. Setiap kali kesana saya cuba cari  juga untuk hencek itu... tetapi saya jadi fening mau fengsan.. jadinya lebih baik saya ambik buku untuk saya yang menyegarkan biji mata dan membunga-bungakan hati saye... hahahhh...

Jadual perpustakaan disini di Dungun Terengganu ini saya pasti ianya berbeza dengan negeri-negeri lain.. disini khamis half day, jumaat 'tutup', sabtu dan lainnya buka seperti biasa.. ikutkan cuti minggu disini ialah pada hari jumaat dan sabtu, maka sekalian yang bertugas/bekerja waktu pejabat bolehla berkunjung pada hari sabtu.


Muga kita sama-sama terus bersemangat untuk melakukan 'sesuatu' demi anak-anak, diri sendiri, pasangan, keluarga dan rakan-rakan..

InsyaAllah bersambung dengan isikandungan dari buku yang penulis sebutkan diatas..

Fikir-fikirkan, sekian.

Friday, March 09, 2012

Mengapa senetron/drama dari seberang??

Pernah tak kalian terfikir kenapa cerita dari seberang yang jadi pilihan tv3, tv9 untuk memenuhi media elektronik / hiburan itu?

Saya salah seorang BEKAS pelajar film.

Bila tengok cerita saya akan terfikirkan sesuatu/bermacam2 disebalik tayangan tersebut. Jika anda seorang pelajar filem atau seorang yang berkhidmat dengan dunia penyiaran, mungkin anada memandang dari sudut yang sama. Bukan sekadar melihat watak-watak itu begitu begini, ada banyak sudut pandang disebali itu. Silap-silap haribulan tak sedar terngaga!

Bukanlah sudut pandang perwatakan yang ingin saya katakan. Anda mungkin akan lihat pencahayaan, kadang-kadang babak itu siang, tapi hadir cahaya kuning yang memancar tepat pada wajah watak, walhal digambarkan kedudukan mereka pada ruang legar yang sangat luas dan terang. Mungkin pengarah mahu mendatangkan mood 'emosi' kepada penonton?..

Jikalau kita tengok senetron dari seberang, pengarah gemar sekali menggunakan medium close-up/ close/up... sebiji...sebiji... muka pelakon dia... satu...satu... penuh kaca tv memperlihatkan yang ini terkejut.. tergamam... mata menjeling... sorang demi seorang shot yang membawa erti yang sama itu diulang-ulang dalam satu babak... Owh, tidakkah membazir filemnya.. bukankah banyak lagi short yang menarik bisa diketengahkan?? aduh..aduh... Waduh!! kadang-kadang i naik fining melihatnya lantas 'pub' tukar siaran tak pun tutup aja tvnya... hehe... jangan marah...

Pelakon-pelakon yang diketengahkan juga cantik-cantik.... itukah realiti di bumi itu??  "film cerminan masyarakat" bolehkah digunapakai disini...
Ia mungkin boleh jadi 'filem bagi masyarakat membeli cermin besar'.
Dari itu bisa lah masyarakat 'menciplak' watak filem... Biasa aja kita lihat yang tua-tua terutamanya, sekali pandang tak padan pemerah pipi terang menyala-nyala... kening bercukur, baju ikut body x kisahlah ada lapis sedikit janji ikut trend.
Aduh...aduh... ADOI.

Kalau difikir jalan cerita pula... Owh, apakah skrip writer / director yang mengolah skrip tersebut ada membuat kajian atas kesnya??? dari segi perubatan, perundangan...kadang-kadang ia menampakkan  kecacatan disebalik tabir...
dari segi alan cerita, apakah yang boleh dicedok untuk dijadikan semangat / rasa membina / garis panduan??? yang mana satu??? Owh kadang-kadang nak aja kukata tidak ada.
Panduan untuk perwatakan putar belit mungkin ada. Kebijaksanaan... yang jahat bijak putar belit, yang baik bodoh alat tertipu... [Owh penulis! kasarnya bahasamu!! itu realiti film kah??] Gayanya memanjang buntu mereka itu.
Bikin film itu bukan murah-murah ya.....

Dari itu, dari segi short, camera movement, watak perwatan, skrip... apakah yang mahu dicedok?? APA yang mahu dihidangkan kepada masyarakat???? APA? APA??? fesyen kah?..
dunia penyiaran membimbangkan... begitukah??
tidak ada pilihan kah??
kerana murah dibeli untuk ditayang kah?
apakah??

Masyarakat memerlukan santapan / hidangan yang lebih kearah menaikkan semangat, motivasi, ilmuan.... ya.... yang bisa membantu ketenatan masalah sosial kita, masalah organisasi kekeluargaan kita yang semakin parah... kewangan... semangat berkumpulan, politik... ya... banyak masalah.

Terapi, terapi juga, tetapi janganlah sembarang aja.. bisa kah?? heh heh...
[amboi penulis ni... macam bagus!!]
eh, apa sahaja... ini cuma kritikan dari 'pengkritik bebas..' mana bisa puji-puji aja...

Saya yakin, masih ada filem-filem [ya udah kalu mau juga dr seberang.. kitakan bersaudara] dari seberang yang membina. Takkan mungkin semua pengarah drama bersirinya begitu...
*teringat 'pasir berbisik' yang pernah dikaji dari sudut watak perwatakan satu masa dahulu. Saya rasa ianya dapat memberi sesuatu, semangat, kesedaran, kecekalan... Pemimpin haruslah jitu semangatnya..

[owh, melalut pula pengkritik ini].

InsyaAlalh bersambung kita dilain topik, bicara filem.

Minta maaf atas keterlanjuran bahasa saya yang tidak sepatutnya, semuga kita bersama-sama dapat memikirkan untuk kebaikan bersama.. [ahhh, faham-faham kan aja... ku juga faham-faham kan aja filem yang kalian bikin].

sekian dari penulis.

Thursday, March 08, 2012

1 biji, ada 2... kisah telur ayam~

SUMBER : harian-metro-online.com

Subhanallah! Telur ayam dalam telur

Posted on the March 8th, 2012 under Tempatan by admin



BUKIT RAYA – Seorang peniaga kedai makan di Kampung Bukit Raya Dalam terkejut mendapati sebiji telur ayam dipecahkan mempunyai sebiji lagi telur ayam sebesar duit syiling 50 sen ketika menyediakan hidangan kepada pelanggan, malam kelmarin.
Fairul Rizal Abd Ramli, 29, berkata, dia membeli sebanyak 30 biji telur gred E di sebuah kedai runcit di situ.
“Saya mengambil telur itu dan terus memecahkannya untuk menyediakan hidangan telur mata kepada pelanggan namun terkejut setelah mendapati sebiji telur lagi jatuh ke dalam kuali dan saya menyangka ia adalah telur merah yang beku.

“Telur itu mempunyai telur putih dan merah serta ditambah dengan sebiji lagi telur di dalamnya,” katanya.
Fairul Rizal berkata, kejadian itu pertama kali berlaku sejak empat bulan berniaga di situ dan dia akan terus menyimpan telur bersaiz wang syiling 50 sen itu kerana ingin melihat keadaan telur itu.
Sinar
__________________________________________________________________________________

***Mulanya saya hanya melihat gambar laporan tersebut, seraya itu saya teringat telur yang pernah saya rebus beberapa bulan lalu, agak  lain dari kebiasaannya.. Itu yang terfikir nak letak cerita diatas dekat sini sambil tu nak lampirkan gambar telur yang saya rebus  beberapa bulan lalu.. gambar ada dalam simpanan.. pekasam dah banyak nih.. hehe...

kembar ka??
terkejut masa belah telur ni...