sabda

Monday, May 31, 2010

Kenapa Berubah...

Sejak beberapa hari ni saya terfikir... 'kenapa aku berubah?????'

Pernah kah anda terfikir seperti saya?? kenapa??

SAYA? saya rasa dan dapat rasakan saya telah berubah.. Saya lihat pesanan-pesanan yang saya terima... tidak kira dimana... d fb banyaknya.... banyak msg msg yang berbunyi "hai kakak ku...." "rindunya..." ................ sana sini kakakku...kakakku.... budi bahasa dan kesantunan yang baik.....
Saya terfikir............ saya DULU macammana?
Saya tidak mahu angkat bakul atau terjun bakul... Jika anda mengenali saya yang dulu tentu anda faham...

gambar lama...


Manusia berubah sikap tentu bersebab.  Fikir fikirkan kenapa kita berubah......
Antara sebab mengapa saya berubah, satunya ialah sejak adik saya terlibat dengan kemalangan dan lumpuh himgga sekarang... OKU la sekarang... tp sejak peristiwa itu, saya jadi kuat. Hati saya jadi batu... tak masuk lagi apa orang nak kata..... kutuk... hati perlu keras baru boleh menempuh hidup dengan cekal dan tabah... jika tidak..... saya mudah tersentuh dan menangis tak berenti.... semua kerja tak jadi...
orang kata saya lembut... tapi mungkin itu dulu........

Ketika lembut..... saya menangis setiap hari, orang, manusia... tidak menghargai.... mereka tetap mencari salah untuk diceritakan atau apa-apa saja untuk buat saya menangis... mereka tidak berbicara dengan baik... mereka sungguh menyakitkan.... jadi, saya tidak boleh hidup dengan keadaan terus2 begitu....

Keduanya, sebab berkahwin.. Aishhhhhh... sangat sukar untuk terangkan kenapa perkahwinan adalah antaya penyumbang kita berubah... Jika anda sudah berkahwin, mungkin anda boleh faham tidak perlu saya terangkan.

Perkara tersebut termasuk keterbatasan... ruang dan waktu... tidak semudah bujang, boleh kemana2 seorang diri. Tenangkan fikiran.... lihat keindahan  alam. Dulu,saya suka ke pantai sorang-sorang... tengok burung-burung melompat2 main air laut... hurm tenang... Sekarang nak kepantai tidak boleh seorang diri, anak-anak tak sanggup ditinggalkan... atau tok sah senyum-senyu pandang laut...kena jeling nanti terus mati mood menikmati keindahan td.... haha...
Dulu, masa blaja jauh, rindu dengan ibu, ayah rumah adela... sesuka hati nak balik tak kira ada cuti ke tidak. Sekarang, aktiviti 2 orang punya... agak-agak la....... tak kan nak buat kepala sendiri macam bujang dulu, saya sedar siapa saya sekarang dan menghormati status tersebut. InsyaAllah.

Tanggungjawab... fikirlah sendiri... dulu dengan sekarang mana sama nilai tanggungjawab yang perlu digalas... tentulah ianya penyumbang 'kenapa saya berubah'

Ketiga, saya rasa persekitaran.... apa yang ada di sekeliling saya? itulah penyumbangnya.

Keempat, masalah. Hurm, yang ini tidak disangkal lagi.... Masalah adalah kepala yang mendorong kita berubah. Renung-renungkan, apa masalah anda, dan adakah ia membuatkan anda sedikit berubah??? hurm.

Dari itu, atas segala huraian diatas menimbulkan satu persoalan : 'Ada juga orang yang tidak berubah... Atas faktor apakah yang mendorong ianya TIDAK BERUBAH????'
Saya berpendapat.... jawapannya 'pendorong dan sokongan'   anda setuju???

Wednesday, May 26, 2010

Resepi ayam goreng berempah.

Assalamualaikum, lama tak letak resepi rasanya. Ini kisah jumaat lalu, setelah dikuis-kuis ketepi rasa malas pada hari tersebut akhirnya saya memasak juga jam 3 petang..

Menariknya, selera besau pulak dalam malas-malas pada hari tu.. Terhasillah ayam masal lemak ciliapi... kubantai keju gantikan santan.... (malas nk kekedai) kehabisan stok santan, ai tibai je ler...  nak tau rasa apa cubalah sendiri... tapi bahan2 yg terdiri drpd keju dsb mustilah mewah...

Selain ayam lemak ciliapi, kacang panjang goreng... ini dia... mula-mula nak goreng kunyit sahaja... tetapi tekak mau yang berempah..



Resepi sesuka hati : ayam goreng berempah
untuk resepi ini saya tiada rujukan, digoogle saya tengok yang diperap dengan rempah kari sahaja. Tapi pernah makan yang boleh nampak jintan ketumbarnya.. jadinya, agak-agak je lah apa yg perlu ada dalam ayam goreng berempah.
Bahan-bahan:
  1. Ayam 4 ketul (seperti gambar diatas)
  2. sedikit garam
  3. 3 sudu besar rempah kari ayam
  4. 3 sudu besar rempah kurma
  5. sedikit serbuk kunyit
  6. 2 ulas bawang putih
  7. 2 biji bawang merah
  8. 2 papan daun kari
  9. 4 helai daun pandan. Saya guna daun pandan yg telah tersimpan dalam peti sejuk selama seminggu lebih. Daun tersebut lebih lembut, senang untuk diikat dan tidak hangus semasa digoreng. Warna daun tersebut tidak jauh berbeza setelah digoreng seperti gambar diatas dan baunya tetap harum.
Cara-cara membuatnya:

Tumbuk bawang putih dan bawang kecil. Gaul sebati semua bahan-bahan.. Perap setengah jam.
Ikat dengan daun pandan sebelum menggoreng, goreng dengan api kecil dan tutup. Masukkan daun kari dalam kuali dan tutup lagi. Setelah isi  ayam masak , besarkan sedikit api supaya keliling ayam garing sedikit. Angkat dan hidangkan.

Sebenarnya lebih afdhal jika ayam tersebut diperap bersama jintan dan ketumbar kisar... sayangnya bahan-bahan tersebut tiada dalam simpanan saya. Memadai dengan rempah kurma yang ada dalam simpanan, rempah kurma juga mengandungi jintan dan ketumbar kisar.

selamat mencuba.

Tuesday, May 18, 2010

tanaman di rumah..

Saya sangat suka menanam pokok sejak kecil lagi. Dulu, saya hanya tanam pokok bunga dirumah ibu. Ada juga benih laici yang disemai tapi ibu tak bagi pindahkan atas tanah... ibu kata nanti pokok besar takut tak berbuah.... huhu...

Bila dah berumah sendiri ingatkan boleh menanam sesuka hati, rupa-rupanya ada org lagi garang dr ibu, chait. Apa-apa pun, ini dia tanaman-tanaman yang menghijau dihalaman rumah...

boleh dikatakan semuanya dalam pasu, kecuali satu dua tidak berpasu..


ambik dari rumah mertua..

cili yang x gemuk, tp x jemu berbuah


pandan

rumput.. pernah gemuk dan melempai-lempai jatuh pasu... abis dicabut dek Dzul Azem.. yang ini kali ke 5 tanam semua..


kunyit


pokok limau kasturi, lidah buaya, kesom dan pokok kari

puding, ambil dari rumah mertua.. harap-harap suburlah ia.. ada lagi hidupan yg teraniaya tu pokok labu...sian dia...



pokok apa ni ha... ala yg bunga dia kembang kuncup tu...lembut je batang dia
ada 2 warna satu pasu nih, kuning dan pink. kuning belah belakang x nampak.


 tak tahu apa nama pokok ni, kalu ganti dengan pokok jambu ke... rambutan ke.... manggis ke... WOW~~~ kan BEST!

Ada lagi yang baru disemai pokok terung panjang, belum keluar lagi anak pokok..
Itu sahajalah pokok yang ada dihalaman rumah setakat ini. Masih berharap jika dapat mengadakan sepohon pokok yang besar dan mampu mengeluarkan hasil untuk dimanfaat.... urmmmmmm.... boleh ke??????????
pokok pisang ke... kelapa ke.... jambu ke.... KENAPA??????? x cantik yea??? kata ibu saya 'semua pokok cantik'... saya pula sakit mata memandang rumah yg hanya ada pokok hiasan.... huhuhu.... (sorry....)..


Sebenarnya bergantung pada keadaan rumah juga kan... banyak mana, luas mana tanahnya.... Macam rumah saya tanah tidaklah banyak mana..... tapi itulah.... nak juga pokok besau... mau ditebang dek jiran nnt.... ahahahah...

sekian,

Thursday, May 13, 2010

Mengapa Wanita Menangis

pengorbanan....... ecehhh wahhh....hihi..


dikongsi daripada: dr Fadzilah Kamsah


‘Mengapa wanita menangis?’ Ini adalah persoalan yang amat menarik bagi saya yang berjaya dirungkai kan oleh Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah dalam sebuah rancangan TV. Saya ingin berkongsi dan highlightkan beberapa informasi yang diperkatakan oleh beliau.

Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyababkan dia menangis dan tertawa bila ia mampu. Wanita juga adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita maka bermalamlah dalam kegelapan.

1. Punca wanita menangis.
Mencuci mata ( merupakan salah satu cara untuk meluahkan rasa stress-dalam masa yang sama, dapat membuang bahan kimia yang terdapat dalam mata)

Mengurangkan stress.

Tanda keinsafan/penyesalan.

Sebagai ugutan emosi.

Perempuan mempunyai 9 emosi dan 1 akal. Emosi yang terkumpul banyak ini, membentuk peribadi seseorang wanita yang ketara kelembutannya, kasih, bertimbang rasa dan menghargai orang disekeliling nya. Daya tumpuan akal seseorang wanita banyak dipengaruhi oleh emosi samada ia memberi kesan baik ataupun buruk.

Sekiranya seseorang wanita itu menangis 2-3 kali atas sebab rasa syukur dan redha; pahala buat dirinya, buat kali ke 2 dan ke 3.

2. Kesan tangisan.
Dapat perhatian

Suasana rumah tangga tergugat.

Lelaki jadi bingung.

Orang lain dapat mesej.

Mata bersih dan sihat.

The world stops at the moment when women cry.


Orang bahagia dan gembira, tidak semestinya dia tersenyum dan orang senyum, sudah semestinya dia gembira.

Penyelesaian untuk mengurangkan rasa sedih:

1. Senyum dulu + Mengimbau perkara yang membuatkan anda rasa sedih = Perlahan2 melatih diri supaya tidak sedih dan menangis lagi.

2. Selalu berdoa kepada Allah.

3. Belajar untuk redha ( Baik atau buruk adalah untuk kebaikan hamba-NYA)

4. Sentiasa tersenyum – Banyak hormon baik yang keluar dan membantu seseorang wanita untuk memulakan hari dengan penuh keyakinan dan gembira.

Tangisan seseorang wanita adalah untuk melaungkan suara hati – Minta dibelai, disayangi dan dipamerkan kasih sayang. (Ia terpendam dan terbuku dalam hati)

Ramai yang tidak tahu bahawa apabila seorang suami menaikkan suara samada sedar atau tidak, ia menjadi antara punca mengapa seorang isteri mudah menangis. So, control your voice projection!

Tangisan boleh membawa kesan yang positif, sekiranya dilakukan dengan tindakan yang positif juga.



Source: Mujahidah Muslimah